Sunday, December 11, 2011
Apam Mentega
Bahan-bahan: (lebih kurang 50 biji)
Bahan A; (gula hangus)
* 1 1/2 cawan Gula pasir
* 1 cawan Gula pasir
* 1 cawan Air
* 250gm Mentega
Bahan B;
* 4 biji Telur
* 3 cawan Tepung gandum (diayak)
* 1 cawan Gula kastor (saya guna 3/4 cawan je)
* 2 sudu kecil Soda bikarbonat
* 1 tin Susu cair
* 1 sudu kecil Esen vanilla
Cara buat:
1. Buat gula hangus terlebih dahulu, caranya masukkan gula dalam periuk dan masak dengan api perlahan
hingga gula larut dan berwarna perang.
2. Padamkan api dan masukkan air, nyalakan api dan kacau hingga semua larut. Masukkan mentega, kacau
rata dan ketepikan.
3. Putar telur, gula dan esen vanilla hingga kembang dan masukkan gula hangus tadi.
4. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung. gaul hingga sebati.
5. Perap adunan selama 30 minit.
6. Panaskan pengukus dahulu.
7. Selapas itu, masukkan adunan ke dalam acuan. (Letak penuh pn tak apa,adunan tak melimpah juga)
8. Kukus selama 15-20 minit.
Selamat Mencuba...
Tip: Balut tutup pengukus dengan kain bersih, ini menghalan wap air jatuh ke bawah.. ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment